Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Terlibat Salah Laku Boleh Dibuang Kerja Ditahan Tugas Cpo Dan Ocpd Perlu Pantau

Diterbitkan: 23 Jul 2021 9.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 23 Julai 2021 - Ketua Polis Negeri dan Daerah diingatkan agar sentiasa cakna dan memantau pegawai serta anggota di bawah kawasan kendalian mereka agar tidak terlibat dalam sebarang salah laku sehingga menyumbang kepada perlakuan jenayah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-terlibat-salah-laku-boleh-dibuang-kerja-ditahan-tugas-cpo-dan-ocpd-perlu-pantau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:50 MYT
Petaling Jaya, 23 Julai 2021 - Ketua Polis Negeri dan Daerah diingatkan agar sentiasa cakna dan memantau pegawai serta anggota di bawah kawasan kendalian mereka agar tidak terlibat dalam sebarang salah laku sehingga menyumbang kepada perlakuan jenayah.

Penegasan itu dibuat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman, selepas menerima aduan terdapat sekelompok anggota didakwa terlibat dalam pelbagai salah laku termasuk ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah JIPS, CP Dato’ Azri Ahmad berkata, lebih mendukacitakan ada segelintir mereka juga didapati terlibat dalam parti liar selain penyalahgunaan dadah dan minuman keras.

Kata beliau, tiada kompromi dan tindakan dibuang kerja atau digantung tugas boleh dikenakan terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang dikesan melakukan pelanggaran tatatertib ini.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku, walaupun sudah banyak arahan dan peringatan diberikan namun masih berlaku juga perkara seperti ini.

"Semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mesti akur kepada kehendak integriti dalam memartabatkan PDRM selaku penguat kuasa undang-undang utama negara" katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.


May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 23 Jul 2021 9.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM