Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Terima 1 784 Kes Babit Pinjaman Cecah Rm8 8 Juta Sejak 2020 Pengarah Jsjk

Published: 24 Jan 2022 3.25 AM Updated: 15 Aug 2026 6.38 PM
Petaling Jaya, 24 Januari 2022 - Aktiviti meminjam wang daripada ah long atau ceti haram terus menjadi pilihan individu yang mengalami masalah kewangan dan desakan hidup.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-terima-1-784-kes-babit-pinjaman-cecah-rm8-8-juta-sejak-2020-pengarah-jsjk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:33 MYT
Petaling Jaya, 24 Januari 2022 - Aktiviti meminjam wang daripada ah long atau ceti haram terus menjadi pilihan individu yang mengalami masalah kewangan dan desakan hidup.

Ini kerana bagi peminjam, melakukan pinjaman daripada ah long ini lebih mudah diperoleh meskipun tindakan itu akan mengundang padah.

Perkara itu dapat dilihat apabila sebanyak 1,784 kes ah long diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), sejak 2020 sehingga tahun lalu melibatkan pinjaman lebih RM8.8 juta.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah JSJK, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md. Din berkata, daripada jumlah itu sebanyak 943 kes ah long direkodkan pada 2020 dengan pinjaman bernilai RM4.93 juta.

Kata beliau, sebanyak 841 kes pula dicatatkan pada tahun lalu dengan nilai pinjaman yang dilaporkan adalah RM3.89 juta.

"Kecenderungan meminjam daripada ah long mencatatkan penurunan sejak kebelakangan ini namun aktiviti itu masih berlaku.

"Namun begitu, JSJK sama sekali tidak mendiamkan diri dan ia dapat dilihat apabila sebanyak 2,084 operasi sejak 2020 sehingga tahun lalu telah dijalankan di seluruh negara dalam membanteras kegiatan ini," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 24 Jan 2022 3.25 AMUpdated 15 Aug 2026 6.38 PM