Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Suspek Rompak Kedai Emas Babit Kerugian Rm2 Juta

Published: 24 Mar 2025 4.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 24 Mac 2025 - Polis mengesahkan menahan seorang suspek yang disyaki terbabit kes samun kedai emas di Pasaraya NSK Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, membabitkan kerugian RM2 juta, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-tahan-suspek-rompak-kedai-emas-babit-kerugian-rm2-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT
Kuala Lumpur, 24 Mac 2025 - Polis mengesahkan menahan seorang suspek yang disyaki terbabit kes samun kedai emas di Pasaraya NSK Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, membabitkan kerugian RM2 juta, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan jam 10.15 malam di Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

Terdahulu, katanya Pusat Kawalan Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima maklumat awam mengenai kejadian samun bersenjata api di sebuah kedai emas di Pasaraya NSK Kota Damansara, jam 4.56 petang, kelmarin.

“Penjenayah dipercayai seorang lelaki warga tempatan menggunakan senjata disyaki sepucuk pistol ketika melakukan samun.

“Sebanyak tujuh dulang barang kemas dalam rak pameran kedai dilarikan penjenayah. Suspek kemudian melarikan diri menggunakan sebuah kereta Proton Persona yang menunggu di luar pasar raya,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 24 Mar 2025 4.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM