
Article
Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Lelaki Curi Kabel Landasan Ktmb
Kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu terbongkar apabila anggota Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalankan rondaan bersama Pasukan...
Klang, 8 Jun 2026 - Lagi kes kecurian kabel landasan kereta api berlaku apabila seorang lelaki ditahan pihak berkuasa dalam satu operasi mengejut di Kilometer 36.215, Downline Klang di sini kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu terbongkar apabila anggota Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalankan rondaan bersama Pasukan Taskforce D4, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan sebaik menerima maklumat mengenai gangguan litar landasan di lokasi itu.
KTMB dalam satu kenyataan berkata, sebaik menerima maklumat, pasukan keselamatan segera ke tempat kejadian dan seorang lelaki mencurigakan dilihat sedang merentap dan memotong kabel di kawasan landasan.
"Suspek kemudian berjaya ditahan. Hasil pemeriksaan menemui beberapa gulung kabel serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan itu," katanya.
Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut pasukan teknikal mengesahkan gangguan litar landasan berkenaan berpunca daripada kegiatan mencuri kabel tersebut.
Katanya, suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada polis bagi siasatan dan tindakan lanjut.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran: