Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Lelaki Curi Kabel Landasan Ktmb

Diterbitkan: 08 Jun 2026 9.59 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.57 PM
Kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu terbongkar apabila anggota Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalankan rondaan bersama Pasukan Taskforce D4, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan sebaik menerima maklumat mengenai gangguan litar landasan di lokasi itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-tahan-lelaki-curi-kabel-landasan-ktmb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:56 MYT
Klang, 8 Jun 2026 - Lagi kes kecurian kabel landasan kereta api berlaku apabila seorang lelaki ditahan pihak berkuasa dalam satu operasi mengejut di Kilometer 36.215, Downline Klang di sini kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu terbongkar apabila anggota Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalankan rondaan bersama Pasukan Taskforce D4, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan sebaik menerima maklumat mengenai gangguan litar landasan di lokasi itu.

KTMB dalam satu kenyataan berkata, sebaik menerima maklumat, pasukan keselamatan segera ke tempat kejadian dan seorang lelaki mencurigakan dilihat sedang merentap dan memotong kabel di kawasan landasan.

"Suspek kemudian berjaya ditahan. Hasil pemeriksaan menemui beberapa gulung kabel serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan itu," katanya.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut pasukan teknikal mengesahkan gangguan litar landasan berkenaan berpunca daripada kegiatan mencuri kabel tersebut.

Katanya, suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada polis bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran:

May be an image of slow loris and text

ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2026 9.59 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.57 PM