
Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Bapa Cabul Liwat Anak Perempuan Sendiri
Sungai Petani, 4 Mac 2020 - Perbuatan seorang bapa mencabul dan meliwat anak perempuannya berusia 3 tahun serta merakam perbuatan tersebut terbongkar selepas gambar perlakuan terkutuk itu ditemui isterinya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata, kejadian berlaku antara jam 7 pagi hingga 3 petang ketika suspek yang berusia 25 tahun mengasuh anaknya kerana isterinya bekerja.
Menurutnya, kejadian disedari Ahad lalu setelah anak lelaki pasangan itu berusia 4 tahun memberikan telefon bimbit bapanya kepada ibunya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian berikut: