Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Sudah Kenalpasti Perniagaan Milik Gisbh Di Luar Negara Babit Nilai Aset Rm52 4 Juta Kpn

Published: 16 Nov 2024 7.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenalpasti 69 premis milik syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di luar negara membabitkan nilai aset lebih RM52.4 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-sudah-kenalpasti-perniagaan-milik-gisbh-di-luar-negara-babit-nilai-aset-rm52-4-juta-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:30 MYT
Kuala Lumpur, 16 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenalpasti 69 premis milik syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di luar negara membabitkan nilai aset lebih RM52.4 juta.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua premis berkenaan terletak di 15 negara.

“Setakat 31 Oktober, sebanyak empat negara membabitkan 40 premis sudah disahkan oleh rakan strategik PDRM di luar negara.

“Manakala 11 lagi negara membabitkan 29 premis masih dalam tindakan pengesahan melalui rakan strategik,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Tan Sri Razarudin berkata, PDRM sudah menyita dan membekukan harta GISBH membabitkan nilai keseluruhan RM23.96 juta.

Beliau berkata, ini termasuk 259 akaun berjumlah RM1,592,310.21 dan satu akaun berjumlah kira-kira RM5,768,71, 33 kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM3,967,485 serta 19 lot hartanah bernilai RM11,630,000.

Katanya, turut disita 28 kenderaan dianggarkan bernilai RM4,982,000; dua bot dan tiga enjin (RM1,300,000); 95 haiwan (RM463,820); wang tunai (RM16,850) serta dua jam tangan berjenama (RM600).

Tambahnya, tindakan pembekuan dan penyitaan itu dibuat mengikut Seksyen 44(1) dan Seksyen 45(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, newsagent and text
ArticlePublished 16 Nov 2024 7.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM