
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Sudah Kenalpasti Perniagaan Milik Gisbh Di Luar Negara Babit Nilai Aset Rm52 4 Juta Kpn
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenalpasti 69 premis milik syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di luar negara membabitkan nilai...
Kuala Lumpur, 16 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenalpasti 69 premis milik syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di luar negara membabitkan nilai aset lebih RM52.4 juta.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua premis berkenaan terletak di 15 negara.
“Manakala 11 lagi negara membabitkan 29 premis masih dalam tindakan pengesahan melalui rakan strategik,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Tan Sri Razarudin berkata, PDRM sudah menyita dan membekukan harta GISBH membabitkan nilai keseluruhan RM23.96 juta.
Beliau berkata, ini termasuk 259 akaun berjumlah RM1,592,310.21 dan satu akaun berjumlah kira-kira RM5,768,71, 33 kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM3,967,485 serta 19 lot hartanah bernilai RM11,630,000.
Katanya, turut disita 28 kenderaan dianggarkan bernilai RM4,982,000; dua bot dan tiga enjin (RM1,300,000); 95 haiwan (RM463,820); wang tunai (RM16,850) serta dua jam tangan berjenama (RM600).
Tambahnya, tindakan pembekuan dan penyitaan itu dibuat mengikut Seksyen 44(1) dan Seksyen 45(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.