Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Siasat Pencemaran Bau Di Dua Lra

Published: 06 Oct 2020 2.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 6 Oktober 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran bau di dua Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi, dekat sini sehingga ia terpaksa dihenti tugas sepenuhnya kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-siasat-pencemaran-bau-di-dua-lra
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:22 MYT

Shah Alam, 6 Oktober 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran bau di dua Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi, dekat sini sehingga ia terpaksa dihenti tugas sepenuhnya kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Arjunaidi Mohamed berkata PDRM akan memberi laluan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk melakukan siasatan terlebih dahulu bagi mengenal pasti pihak yang akan dikenakan tindakan ekoran insiden itu.

"Dua loji yang terpaksa dihenti tugas itu memang berada di kawasan Selangor tetapi berdasarkan siasatan awal punca pencemaran di LRA terbabit berlaku di Negeri Sembilan.

"Pencemaran bermula dari kawasan hulu sungai (Sungai Semenyih) sehingga ke LRA berkenaan, maka kami akan melihat dahulu siapa yang benar-benar bertanggungjawab," katanya di sini semalam.

Katanya, jika terbukti punca pencemaran berlaku di Negeri Sembilan maka polis kontinjen negeri berkenaan akan menubuhkan pasukan khas bagi menangani insiden yang memberi kesan terhadap 309,687 akaun pengguna di Selangor iaitu di wilayah Petaling Jaya, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Bacaan penuh seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 1 person, hat and text
ArticlePublished 06 Oct 2020 2.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM