Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Siasat Gisbh Miliki 23 Harta Di 10 Negara Di Asia Tenggara Eropah Dan Timur Tengah

Published: 12 Oct 2024 3.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menjalankan siasatan terhadap aset GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di luar negara selepas mengenal pasti 23 harta milik syarikat itu di 10 negara dengan anggaran nilai RM52.4 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-siasat-gisbh-miliki-23-harta-di-10-negara-di-asia-tenggara-eropah-dan-timur-tengah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:40 MYT
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menjalankan siasatan terhadap aset GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di luar negara selepas mengenal pasti 23 harta milik syarikat itu di 10 negara dengan anggaran nilai RM52.4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis masih menunggu maklum balas daripada sembilan negara lain yang dipercayai GISBH turut menjalankan operasi di rantau Asia Tenggara, Eropah dan Timur Tengah.

Beliau berkata, sebelum ini dimaklumkan sebanyak 19 negara yang ada premis GISBH.

“Kita juga minta bantuan melalui Polis Antarabangsa (Interpol), pihakberkuasa negara terbabit dan agensi berkaitan. Kita memperoleh maklumat terdapat tiga premis di sebuah negara telah berhenti beroperasi dengan papan tanda sudah diturunkan malah tingkap dan pintu ditutup dengan plastik hitam.

“Kita belum dapat maklumat tentang ahli-ahli mereka di negara tersebut jadi itu ialah siasatan seterusnya yang akan kita susun,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, kelmarin.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 12 Oct 2024 3.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM