Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Siap Siaga Cegah Gangguan Di Esszone Sepanjang Prn Ke 17

Diterbitkan: 08 Jul 2025 3.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sandakan, 8 Julai 2025 - Polis sudah membuat persiapan rapi untuk memastikan keadaan keselamatan terkawal sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-siap-siaga-cegah-gangguan-di-esszone-sepanjang-prn-ke-17
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:48 MYT
Sandakan, 8 Julai 2025 - Polis sudah membuat persiapan rapi untuk memastikan keadaan keselamatan terkawal sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, persiapan keseluruhan sudah dibuat untuk mencegah gangguan dan isu keselamatan berlaku terutama di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

Menurutnya, polis kini menunggu perbincangan diadakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mendapatkan jumlah pertambahan pengundi yang ada di negeri itu.

“la penting kerana jumlah pengundi akan mempengaruhi jumlah saluran yang ada. Ini juga akan mempengaruhi jumlah penugasan anggota polis.

“Keadaan keselamatan di Sabah ketika ini dalam keadaan yang terbaik. Kita akan memastikan keselamatan masyarakat terjamin bukan saja dalam kehidupan seharian, tetapi ketika pergi dan balik untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
 
ArtikelDiterbitkan 08 Jul 2025 3.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM