
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Serbu Gudang Seleweng Diesel Subsidi Rm361 000
Kajang, 6 September 2022 - Polis menumpaskan sindiket penyelewengan diesel subsidi berikutan rampasan melibatkan rampasan 94,450 liter bahan api itu yang diang...
Kajang, 6 September 2022 - Polis menumpaskan sindiket penyelewengan diesel subsidi berikutan rampasan melibatkan rampasan 94,450 liter bahan api itu yang dianggarkan bernilai RM361,000 dalam serbuan di dua premis gudang dekat Jalan Semenyih, di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed, berkata dalam serbuan itu, polis menahan 11 lelaki termasuk empat warga asing berusia antara 19 hingga 59 tahun terdiri daripada pemandu lori serta pekerja am di dua gudang terbabit.
Katanya, modus operandi sindiket itu adalah dengan membeli diesel dari stesen minyak di sekitar Kajang dengan menggunakan lori “bonded” atau kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang diubah suai dengan diletakkan tangki tambahan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.