Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Serbu 16 Premis Tawar Seks Urut

Published: 06 Jan 2024 6.27 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 Januari 2024 - Polis menyerbu 16 premis disyaki menawarkan perkhidmatan seksual dan urutan menerusi Op Noda Khas di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang, di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-serbu-16-premis-tawar-seks-urut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:23 MYT
Kuala Lumpur, 6 Januari 2024 - Polis menyerbu 16 premis disyaki menawarkan perkhidmatan seksual dan urutan menerusi Op Noda Khas di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang, di sini, kelmarin.

Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Fadil Hj. Marsus berkata seramai 92 individu ditahan membabitkan 15 tempatan dan 77 warga asing.

Menurut Fadil, operasi pada jam 5 petang itu dijalankan Bahagian D14 (Siasatan Jenayah Terancang) dengan kerjasama Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) JSJ Bukit Aman.

“Lokasi serbuan keseluruhan 16 premis membabitkan tiga premis di Petaling Jaya, Gombak (empat), Serdang (enam) dan Klang Utara (satu).

“Jumlah tangkapan melibatkan 13 lelaki tempatan dan dua wanita tempatan manakala tangkapan warga asing seramai seorang lelaki Indonesia, wanita Vietnam (25), wanita Thailand (28) dan wanita Indonesia (23),” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 06 Jan 2024 6.27 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM