
Article
Keratan Akhbar Pilihan Polis Sentiasa Pantau Lokasi Panas Di Sekitar Wang Kelian
Padang Besar, 4 Mac 2024 - Kawasan sempadan Malaysia-Thailand di sekitar Bukit Wang Burma, Wang Kelian dekat sini, yang pernah digemparkan dengan penemuan kem...
Padang Besar, 4 Mac 2024 - Kawasan sempadan Malaysia-Thailand di sekitar Bukit Wang Burma, Wang Kelian dekat sini, yang pernah digemparkan dengan penemuan kem serta kubur berkaitan isu pemerdagangan manusia pada 2015 sentiasa berada dalam pemantauan polis dari semasa ke semasa.
Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim berkata, Pasukan Gerakan Am dan Pasukan 69 Komando melakukan rondaan berjalan kaki berterusan secara berkala di kawasan itu untuk memastikan tiada lagi aktiviti kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Setakat ini, daripada pelaporan yang kita dapat, tidak ada lagilah kesan-kesan baharu tentang wujudnya kem-kem PATI di garisan sempadan,” katanya kepada media selepas meninjau kawasan sekitar Bukit Wang Burma, kelmarin.