Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Selangor Buat Pemeriksaan Mengejut Di 79 Asrama Sekolah

Published: 28 Oct 2025 7.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 28 Oktober 2025 - Polis Selangor menjalankan pemeriksaan mengejut di 79 asrama sekolah harian dan sekolah berasrama penuh dalam usaha pencegahan, pemulihan isu disiplin dan keselamatan pelajar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-selangor-buat-pemeriksaan-mengejut-di-79-asrama-sekolah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:19 MYT


Shah Alam, 28 Oktober 2025 - Polis Selangor menjalankan pemeriksaan mengejut di 79 asrama sekolah harian dan sekolah berasrama penuh dalam usaha pencegahan, pemulihan isu disiplin dan keselamatan pelajar.

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata, pemeriksaan itu dilakukan secara rawak bagi memastikan persekitaran pembelajaran kekal selamat serta bebas daripada gejala tidak sihat.

Katanya, setakat ini, tiada isu besar dikesan, namun langkah itu menunjukkan komitmen polis mencegah sebelum berlaku insiden boleh menjejaskan keselamatan pelajar dan sekolah.

“Menjaga keselamatan sekolah bukan hanya tanggungjawab guru semata-mata, tetapi tanggungjawab bersama seluruh masyarakat.

“Kita mahu anak berasa selamat, yakin dan dihormati agar mereka dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran serta membina masa depan yang baik,” katanya dalam Program Perhimpunan Pagi Sekolah bersama Ketua Polis Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of one or more people and text
ArticlePublished 28 Oct 2025 7.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM