Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Selamatkan Wanita Warga India Dipaksa Melacurkan Diri

Diterbitkan: 01 Aug 2025 9.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2025 - Dikurung dalam bilik hotel dan dipukul selain dipaksa terbabit dalam aktiviti pelacuran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-selamatkan-wanita-warga-india-dipaksa-melacurkan-diri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:36 MYT

Kuala Lumpur, 1 Ogos 2025 - Dikurung dalam bilik hotel dan dipukul selain dipaksa terbabit dalam aktiviti pelacuran.

Itu nasib malang menimpa seorang wanita warga India selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan sebagai pembantu rumah di negara ini.

Bagaimanapun penderitaan wanita berusia 39 tahun itu berakhir apabila dia diselamatkan dalam serbuan Op Noda oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bersama Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, mangsa datang ke Malaysia pada 11 Julai lalu dan dijanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah.

Menurutnya, apabila mangsa sampai di Malaysia, dia dibawa ke sebuah hotel di Jalan Ampang, City Centre di sini.

“Mangsa dikurung di dalam sebuah bilik hotel sebelum dipukul seorang lelaki warga India dan memaksa mangsa untuk melibatkan diri dalam kegiatan pelacuran.

“Suspek lelaki terbabit berusia 41 tahun turut ditahan dalam operasi itu di mana dia mengaku menguruskan kegiatan persundalan di mana mangsa akan ditawarkan RM50 sehingga RM80 untuk sekali perkhidmatan seks,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text


ArtikelDiterbitkan 01 Aug 2025 9.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM