
Article
Keratan Akhbar Pilihan Polis Selamatkan Enam Mangsa Pemerdagangan Manusia
Kuala Lumpur, 24 Januari 2022 - Polis menyelamatkan lima wanita dan seorang lelaki warga asing yang dipercayai menjadi mangsa aktiviti pemerdagangan manusia di...
Kuala Lumpur, 24 Januari 2022 - Polis menyelamatkan lima wanita dan seorang lelaki warga asing yang dipercayai menjadi mangsa aktiviti pemerdagangan manusia di sebuah pangsapuri di ibu negara.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, dalam serbuan Isnin lalu, sembilan suspek berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti itu turut ditahan manakala sebuah kenderaan mewah dirampas.
Beliau berkata, serbuan dibuat susulan laporan seorang remaja wanita warga tempatan pada jam 12.20 tengah hari bahawa pekerja ibunya, iaitu seorang remaja warga asing, telah dilarikan oleh dua suspek lelaki warga tempatan dan seorang suspek wanita warga asing yang menaiki sebuah kereta mewah.
Menurutnya dalam satu kenyataan kelmarin, pengadu bcrsama mangsa yang ketika itu berada di kawasan Damansara Utama turut mendakwa ditarik suspek ke dalam kenderaan berkenaan sambil mulut kedua-duanya ditekup namun beliau kemudian dibebaskan tidak jauh dari lokasi kejadian.
Beliau berkata, semua mangsa dikawal oleh empat lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing yang kemudian ditahan di premis itu serta direman selama lima hari untuk disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.