Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Segamat Tumpaskan Geng Parang

Published: 03 Feb 2024 8.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Segamat, 3 Februari 2024 - Lima ahli penjenayah dikenali Geng Parang bertindak ganas apabila mengacukan senjata parang dan mengikat mangsa sebelum menyamun kad mesin juruwang automatik (ATM) dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Chaah Baru di sini, baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-segamat-tumpaskan-geng-parang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:54 MYT
Segamat, 3 Februari 2024 - Lima ahli penjenayah dikenali Geng Parang bertindak ganas apabila mengacukan senjata parang dan mengikat mangsa sebelum menyamun kad mesin juruwang automatik (ATM) dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Chaah Baru di sini, baru-baru ini.
Bagaimanapun, kegiatan kesemua suspek itu terbongkar selepas mereka ditahan dalam beberapa operasi berasingan di sekitar Alor Gajah, Melaka dan Port Dickson serta Rembau di Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kesemua suspek telah dihadapkan ke muka pengadilan untuk menjalani perbicaraan di Mahkamah Segamat.
“Suspek dipercayai terbabit dalam kes samun terhadap seorang mangsa di sebuah rumah di Taman Chaah Baru, Segamat dengan kes dilapor pada 28 November lalu.
“Suspek bukan hanya mengacukan parang dan mengikat tangan mangsa, malah turut bertindak mengambil kad ATM serta melakukan pengeluaran berjumlah RM7,400.
“Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.30 pagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.
 
ArticlePublished 03 Feb 2024 8.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM