Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Sedia Siasat Dakwaan Sirul Terima Rm1 Juta Kpn

Diterbitkan: 26 Nov 2023 1.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 26 November 2023 - Polis sedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan dibuat bekas anggota Unit Tindak Khas (UTK), Sirul Azhar Umar bahawa dia ada menerima RM1 juta ketika berada di Australia. Wang berkenaan dikatakan daripada seseorang bagi menutup mulut berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006. Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, Sirul melalui
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-sedia-siasat-dakwaan-sirul-terima-rm1-juta-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:48 MYT
Kuala Lumpur, 26 November 2023 - Polis sedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan dibuat bekas anggota Unit Tindak Khas (UTK), Sirul Azhar Umar bahawa dia ada menerima RM1 juta ketika berada di Australia.

Wang berkenaan dikatakan daripada seseorang bagi menutup mulut berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, Sirul melalui peguamnya boleh tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan itu dilakukan.
Katanya, kenyataan dikeluarkan itu sama sekali tidak adil kepada negara ini memandangkan dia sudah melalui proses perbicaraan dalam tiga peringkat iaitu di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Menerusi peluang itu, beliau melalui peguamnya sama sekali tidak menyatakan mengenai apa-apa keterangan yang dibangkitkan mengenai isu pemberian wang itu.
“Suspek kedua iaitu bekas anggota polis, Azilah Hadri juga tidak menyatakan perkara begitu di mana-mana mahkamah. Jika ini berlaku, dia perlu buat laporan bagi kita menjalankan siasatan,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 26 Nov 2023 1.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM