Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Sabah Perintis Pertama Penggunaan Aduan Laporan Polis Guna Imbasan Kod Qr

Diterbitkan: 11 Sep 2024 3.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, platform yang pertama seumpamanya di Malaysia itu hasil inisiatif Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), IPK Sabah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-sabah-perintis-pertama-penggunaan-aduan-laporan-polis-guna-imbasan-kod-qr
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:26 MYT
Kota Kinabalu, 11 September 2024 - ‘QR Code Aduan Masyarakat' yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mampu menjadi platform terbaik bagi masyarakat menyalurkan maklumat pantas kepada polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, platform yang pertama seumpamanya di Malaysia itu hasil inisiatif Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), IPK Sabah.

Menurutnya, tujuan utama penyediaan aplikasi berkenaan adalah untuk menyantuni serta menyelami segala permasalahan yang dihadapi masyarakat khususnya di pusat bandar.

Sebelum ini, polis senyedia 15 Op Payung di sekitar pusat bandar bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman orang ramai.

"Seiring peredaran masa serta keluasan ka. wasan yang perlu dipantau, Op Payung dilihat sudah tidak lagi mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis Perasmian Penyerahan QR Code Aduan Masyarakat di Pondok Polis Warisan Square di sini, semalam.

Hadir sama Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Hj. Sabin Samitah.

Jauteh berkata, disamping penggunaan platform berkenaan, pihaknya masih mengekalkan cara konvensional iaitu pcnggunaan Peti Aduan Polis dan aplikasi Volunteeer Smartphone Patrol (VSP).

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

May be an image of 4 people and text
ArtikelDiterbitkan 11 Sep 2024 3.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM