Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas 11 000 Karton Rokok Dipercayai Diseludup

Published: 04 Jul 2022 1.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 4 Julai 2022 - Polis merampas 11,000 karton rokok dipercayai diseludup, dalam serbuan di Bandar Ketereh, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-11-000-karton-rokok-dipercayai-diseludup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:29 MYT
Kota Bharu, 4 Julai 2022 - Polis merampas 11,000 karton rokok dipercayai diseludup, dalam serbuan di Bandar Ketereh, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 petang itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 20-an dan 30-an.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud, berkata terdahulu anggota menahan sebuah lori dan kereta jenis Toyota Vios di tepi jalan di lokasi berkenaan.

"Hasil pemeriksaan ke atas lori itu menemukan 11,000 karton rokok disyaki diseludup bercukai.

"Hasil pemeriksaan terhadap kereta pula tidak menjumpai barangan salah. Kedua-dua pemandu berasal di Kuala Lumpur itu ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

"Jumlah rampasan ialah 11,000 karton rokok, sebuah lori jenis Isuzu, sebuah Toyota Vios dan lima telefon bimbit dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.8 juta," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian Online.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArticlePublished 04 Jul 2022 1.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM