
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas 11 000 Karton Rokok Dipercayai Diseludup
Kota Bharu, 4 Julai 2022 - Polis merampas 11,000 karton rokok dipercayai diseludup, dalam serbuan di Bandar Ketereh, kelmarin.
Kota Bharu, 4 Julai 2022 - Polis merampas 11,000 karton rokok dipercayai diseludup, dalam serbuan di Bandar Ketereh, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 petang itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 20-an dan 30-an.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud, berkata terdahulu anggota menahan sebuah lori dan kereta jenis Toyota Vios di tepi jalan di lokasi berkenaan.
"Hasil pemeriksaan ke atas lori itu menemukan 11,000 karton rokok disyaki diseludup bercukai.
"Hasil pemeriksaan terhadap kereta pula tidak menjumpai barangan salah. Kedua-dua pemandu berasal di Kuala Lumpur itu ditahan untuk membantu siasatan lanjut.
"Jumlah rampasan ialah 11,000 karton rokok, sebuah lori jenis Isuzu, sebuah Toyota Vios dan lima telefon bimbit dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.8 juta," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: