Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Pembela Pendidikan

Published: 04 Apr 2024 3.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Rakyat Malaysia semestinya terhutang budi kepada pasukan keselamatan negara khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sejak begitu lama mereka mendakap rapat cogan kata ‘Sedia Berkhidmat’ demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara ini. Mereka taat menjalankan tugas siang dan malam, panas dan hujan, menghadapi berbagai ancaman sehingga rela berkorban nyawa sekali demi tugas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-pembela-pendidikan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:20 MYT
Rakyat Malaysia semestinya terhutang budi kepada pasukan keselamatan negara khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sejak begitu lama mereka mendakap rapat cogan kata ‘Sedia Berkhidmat’ demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara ini.
Mereka taat menjalankan tugas siang dan malam, panas dan hujan, menghadapi berbagai ancaman sehingga rela berkorban nyawa sekali demi tugas.

Namun hidup mereka, umumnya agak sederhana tidak setanding pengorbanan yang diberikan. Berbanding dengan yang bersenang-lenang, hanya pandai mencuit itu dan ini. Sering tidak berpuas hati, tidak selesa dengan isu-isu yang remeh temeh. Lantas membuat aduan polis, terus menambahkan lagi beban serta kesibukan para anggota PDRM.

Perang mulut yang kian meningkat dini hari jelas menjadi penyebab kepada seluruh masyarakat, angkara segelintir kelompok yang bertikam lidah tiada henti. Yang tua tidak padan dengan tuanya, yang muda dengan kegilaan emosinya. Perkara yang kecil diperbesarkan, yang samar-samar diapi-apikan. Akhirnya polis turut terjebak apabila kata-kata menjadi bahan bakar justeru bermusuhan.

Merosakkan keheningan jiwa, memporak-perandakan peradaban dan ketenteraman suasana. Mengundang syak wasangka, menjahanamkan segala-gala. Hangus dijilat api keegoan yang buta punca. Polis terpaksa mara apabila laporan demi laporan dilancarkan sebagai jalan keluar mencari-cari kepuasan diri jua.

Polis terpilih umpama penimbang tara utama, meluruskan tatakelola yang melanggar etika. Penawar racun berbisa, tatkala tiada lagi penyembuh sempurna yang memberi makna kepada kehidupan cukup terseksa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 04 Apr 2024 3.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM