Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Pantau Lokasi Panas Jenayah Pengarah Jpjkk

Diterbitkan: 30 Mar 2025 12.51 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.07 PM
Shah Alam, 30 Mac 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti kawasan titik panas yang akan diberi tumpuan sepanjang Aidilfitri kali ini bagi menghindar berlakunya kegiatan jenayah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-pantau-lokasi-panas-jenayah-pengarah-jpjkk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:26 MYT
Shah Alam, 30 Mac 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti kawasan titik panas yang akan diberi tumpuan sepanjang Aidilfitri kali ini bagi menghindar berlakunya kegiatan jenayah.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihak PDRM telah mengesan kawasan 'panas' di lokasi masing-masing oleh semua Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah.
 
Beliau berkata, kawasan titik panas adalah berdasarkan kepada laporan diterima oleh polis bagi kejadian kes jenayah harta benda dan kekerasan yang telah berlaku di seluruh kontinjen dan dianalisis oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) kontinjen dan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK) daerah.

“Aplikasi yang digunakan bagi mengenal pasti kawasan titik panas adalah Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) dan aplikasi tersebut boleh diakses oleh semua KJPJKK dan KBPJKK di seluruh kontinjen atau daerah.

“Melalui aplikasi SPBS kawasan titik panas akan ditandakan dan dijadikan rujukan bagi melaksanakan perancangan pelaksanaan rondaan pencegahan jenayah harian di peringkat kontinjen atau daerah,” katanya kepada Sinar Ahad.


Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Keratan Akhbar Pilihan Polis Pantau Lokasi Panas Jenayah Pengarah Jpjkk
ArtikelDiterbitkan 30 Mar 2025 12.51 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.07 PM