Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Pakaian Preman Kawal Sungai Golok

Diterbitkan: 11 Jun 2025 1.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.58 PM
Kota Bharu, 11 Jun 2025 - Semua pegawai dan anggota risikan polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) akan berpakaian preman dalam usaha untuk menangkap individu yang merentas Sungai Golok melalui pengkalan haram.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-pakaian-preman-kawal-sungai-golok
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:09 MYT
Kota Bharu, 11 Jun 2025 - Semua pegawai dan anggota risikan polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) akan berpakaian preman dalam usaha untuk menangkap individu yang merentas Sungai Golok melalui pengkalan haram.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, beliau akan berbincang dengan Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

Katanya, tindakan itu bertujuan memperkemaskan lagi penugasan di kawasan sempadan terutamanya untuk menangkap individu merentas Sungai Golok secara haram.

"Kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dianggarkan sepanjang 136 kilometer. Tidak dinafikan masih ada yang masuk dan keluar melalui pengkalan haram Sungai Golok.

"Oleh itu, saya mengambil langkah agar semua pegawai dan anggota polis termasuk PGA untuk menjalankan rondaan tanpa memakai uniform di sepanjang sempadan," katanya pada sidang akhbar pada Program Ibadah Korban Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 7 people and text



ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2025 1.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.58 PM