
Article
Keratan Akhbar Pilihan Polis Masih Siasat Dakwaan Ke Atas Gisb Kpn
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.
KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS MASIH SIASAT DAKWAAN KE ATAS GISB - KP
Petaling Jaya, 10 September 2024 - Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB) terpalit dengan isu berkaitan ajaran sesat dan eksploitasi kanak-kanak.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.
Sabtu lalu, Polis Diraja Malaysia mengesahkan terdapat empat laporan di Selangor bahawa syarikat tersebut dikenal pasti antara lapan dalam pemantauan pihak Cawangan Khas
Kata beliau, polis kini menjalankan pemantauan terhadap organisasi tersebut susulan empat laporan polis di Selangor di bawah Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Laporan tersebut dipercayai berkaitan eksploitasi kanak-kanak untuk pungut dana, derma dan sebagainya, mungkin ada lain (laporan) yang sedang dikumpulkan,” katanya.
Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia diarahkan mengadakan pertemuan dengan pihak GISB susulan isu yang terkait dengan syarikat berkenaan kerana disyaki terlibat dalam eksploitasi kanak-kanak dan ajaran sesat.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.