Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS MASIH SIASAT ASET ROGER DIKAITKAN DANA 1MDB – KPN Petaling Jaya, 26 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia masih menjalankan siasatan

Diterbitkan: 26 Oct 2023 2.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-masih-siasat-aset-roger-dikaitkan-dana-1mdb-kpn-petaling-jaya-26-oktober-2023-polis-diraja-malaysia-masih-menjalankan-sia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:20 MYT
untuk mendapatkan semua aset milik bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng yang diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya masih dalam proses menyoal siasat lelaki berusia 51 tahun itu.
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan serta mendapatkan semua aset-aset dipercayai dimilikinya hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

“Setakat ini Roger memberikan kerjasama baik kepada pihak polis sepanjang proses siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Pada 10 Oktober lalu, Tan Sri Razarudin mendedahkan siasatan dijalankan pihaknya terhadap Roger tertumpu kepada modus operandi berkaitan penjualan bon dipercayai dana 1MDB.

Beliau dilaporkan berkata, siasatan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA).

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 26 Oct 2023 2.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM