Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Marin Rampas 11 45 Tan Serbuk Daun Ketum Di Tuaran

Published: 09 Aug 2026 3.00 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kota Kinabalu, 9 Ogos 2026 - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 11.45 tan serbuk ketum bernilai kira-kira RM1.145 juta dalam operasi di sebuah premis dekat Tuaran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-marin-rampas-11-45-tan-serbuk-daun-ketum-di-tuaran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:31 MYT
 
Kota Kinabalu, 9 Ogos 2026 - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 11.45 tan serbuk ketum bernilai kira-kira RM1.145 juta dalam operasi di sebuah premis dekat Tuaran.

PPM Wilayah 4 Sabah dalam kenyataan semalam, memaklumkan operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Tuaran itu dijalankan kira-kira jam 6 pagi pada Khamis lalu, hasil maklumat risikan.

"Pemeriksaan di premis dan sebuah lori menemukan sejumlah besar serbuk daun ketum yang sudah diproses dan dibungkus dipercayai untuk pengedaran.

"Empat individu termasuk seorang wanita berusia 23 hingga 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan," menurut kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan siasatan lanjut diteruskan bersama-sama JSJN Sabah bagi mengenal pasti baki anggota sindiket itu.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian, seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 09 Aug 2026 3.00 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM