Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Marin Patahkan Sindiket Seleweng Cpo

Published: 28 Jul 2025 6.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Lahad Datu, 28 Julai 2025 – Polis Marin berjaya mematahkan satu sindiket penyelewengan minyak sawit mentah (CPO) selepas menemui sebuah lokasi penyimpanan haram di Batu 15, sepanjang Jalan Lahad Datu–Sandakan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-marin-patahkan-sindiket-seleweng-cpo
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:13 MYT
Lahad Datu, 28 Julai 2025 – Polis Marin berjaya mematahkan satu sindiket penyelewengan minyak sawit mentah (CPO) selepas menemui sebuah lokasi penyimpanan haram di Batu 15, sepanjang Jalan Lahad Datu–Sandakan.
 
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Nazri Ibrahim berkata, pihaknya telah menyerbu sebuah premis dan menemui sebanyak 77,590 kilogram CPO dalam serbuan yang dijalankan pada jam 12.50 tengah hari, 25 Julai lalu.

“Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah dua buah lori, sebuah van dan sebuah tangki simpanan minyak yang dianggarkan bernilai RM2,287,332.00,” katanya.

Tambah beliau, lima individu tempatan dan seorang warga asing berusia antara 20 hingga 53 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 5(1)(b) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005,” katanya lagi.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Daily Express seperti di lampiran

May be an image of text


ArticlePublished 28 Jul 2025 6.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM