Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Lumpuhkan Sindiket Persundalan Antarabangsa

Diterbitkan: 08 Jan 2024 2.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.25 AM
Sindiket persundalan antarabangsa yang cuba bertapak di Terengganu berjaya dilumpuhkan oleh pihak polis menerusi operasi khas yang dilakukan pada akhir bulan lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-lumpuhkan-sindiket-persundalan-antarabangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:13 MYT
Kuala Terengganu, 8 Januari 2024 - Sindiket persundalan antarabangsa yang cuba bertapak di Terengganu berjaya dilumpuhkan oleh pihak polis menerusi operasi khas yang dilakukan pada akhir bulan lalu.

Menerusi serbuan yang dibuat di beberapa hotel bajet di sekitar negeri itu pada 28 Disember lalu, polis berjaya menahan tujuh wanita warga asing disyaki menjadi ‘kupu-kupu malam'.

Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Mazli Mazlan berkata, wanita yang ditahan itu merupakan empat warga Thailand, Indonesia (dua) dan Laos (seorang) berusia dalam lingkungan 23 sehingga 45 tahun.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati empat suspek dipercayai menyalah guna dokumen perjalanan, manakala tiga lagi gagal mengemukakan pasport, selain menetap melebihi tempoh dibenarkan.

“Kita percaya sindiket pelacuran antarabangsa tersebut cuba memasuki pasaran Terengganu yang merupakan antara lokasi pelancongan tumpuan di negara ini.

“Mereka sudah mula menawarkan perkhidmatan di beberapa daerah seperti Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu," katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini kelmarin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.
ArtikelDiterbitkan 08 Jan 2024 2.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.25 AM