
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Lakukan Siasatan Menyeluruh Insiden Lontar Bom Terhadap Koo Ham
Polis melakukan siasatan menyeluruh berhubung insiden melontar “molotov cocktail” di kediaman Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak semalam.
Petaling Jaya, 12 Januari 2024 - Polis melakukan siasatan menyeluruh berhubung insiden melontar “molotov cocktail” di kediaman Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak semalam.
la termasuk kemungkinan mempunyai kaitan dengan komen dikeluarkan Ahli Parlimen Beruas itu berhubung isu campur tangan hal ehwal agama Islam.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan kontinjen Perak termasuk memanggil saksi-saksi berkaitan.
Katanya, pihaknya melihat pelbagai elemen dalam siasatan termasuk kemungkinan disebabkan kenyataan dikeluarkan Koo Ham tempoh hari.
“Kita sedang kenal pasti sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan komen beliau atau sebaliknya. Polis sedang memanggil saksi-saksi berkaitan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.