
Article
Keratan Akhbar Pilihan Polis Kumpul Maklumat Risikan Cari Petunjuk Baharu Kpn
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul semua maklumat risikan bagi mendapatkan petunjuk baharu kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mat...
Petaling Jaya, 16 Januari 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul semua maklumat risikan bagi mendapatkan petunjuk baharu kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, bulan lalu.
“Pelbagai usaha dilakukan dalam siasatan kes ini. Malah, kita turut memperluaskan radius di kawasan-kawasan berdekatan, bukan sahaja hanya di Apartment Idaman tersebut bagi mencari petunjuk baharu.
“Bagaimanapun, kita masih dalam tindakan mengesan suspek, doakan ada perkembangan positif,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Tan Sri Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu sudah melebihi 90 peratus dari segi konvensional, saintifik dan forensik.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.