Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Kumpul Maklumat Risikan Cari Petunjuk Baharu Kpn

Diterbitkan: 16 Jan 2024 2.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul semua maklumat risikan bagi mendapatkan petunjuk baharu kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, bulan lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-kumpul-maklumat-risikan-cari-petunjuk-baharu-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:12 MYT
Petaling Jaya, 16 Januari 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul semua maklumat risikan bagi mendapatkan petunjuk baharu kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, bulan lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, walaupun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini, pihaknya tidak pernah menghentikan pencarian bukti-bukti yang dapat membantu siasatan.

“Pelbagai usaha dilakukan dalam siasatan kes ini. Malah, kita turut memperluaskan radius di kawasan-kawasan berdekatan, bukan sahaja hanya di Apartment Idaman tersebut bagi mencari petunjuk baharu.

“Bagaimanapun, kita masih dalam tindakan mengesan suspek, doakan ada perkembangan positif,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tan Sri Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu sudah melebihi 90 peratus dari segi konvensional, saintifik dan forensik.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.

May be an image of text that says 'NURAINA HALIM Polis kumpul maklumat risikan cari petunjuk baharu KPN pernah menghentikan dapat membantı siasatan '
ArtikelDiterbitkan 16 Jan 2024 2.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM