Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Johor Rampas Diesel Bersubsidi Bernilai Rm105 800

Published: 07 Sep 2022 3.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 7 September 2022 - Polis Johor menyerbu sebuah tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi di Jalan Belati, Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-johor-rampas-diesel-bersubsidi-bernilai-rm105-800
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:49 MYT
Johor Bahru, 7 September 2022 - Polis Johor menyerbu sebuah tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi di Jalan Belati, Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas, di sini, semalam.

Serbuan 11.30 pagi itu dibuat susulan penahanan dua lelaki tempatan di dua lokasi berasingan, sebelum tiga lelaki warga asing turut ditahan di tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi berkenaan.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, terdahulu pihaknya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun di sebuah stesen minyak di Jalan Harimau, Taman Abad di sini, jam 2.00 pagi kelmarin.

"Berikutan itu, sebuah lori bernilai RM36,200 bersama muatan 46,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM105,800 ketika di serbuan pertama, sebelum seorang lagi lelaki berusia 29 tahun ditahan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini, jam 2.30 pagi.

"Dalam serbuan kedua, kita merampas wang tunai bernilai RM17,722 dipercayai digunakan untuk melakukan transaksi pembelian minyak diesel bersubsidi di sekitar daerah ini," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07092022

No photo description available.
ArticlePublished 07 Sep 2022 3.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM