Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Giat Kesan Suspek Curi Kabel Secara Berkumpulan

Published: 23 Feb 2026 5.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 23 Februari 2026 - Polis giat mengesan sekumpulan lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan curi kabel di sekitar Seksyen 3 di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-giat-kesan-suspek-curi-kabel-secara-berkumpulan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:19 MYT
Shah Alam, 23 Februari 2026 - Polis giat mengesan sekumpulan lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan curi kabel di sekitar Seksyen 3 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Ramsay Embol berkata, laporan diterima dari seorang saksi berusia 30-an yang juga penduduk sekitar lokasi kejadian.

“Kejadian disedari berlaku sekitar jam 5 pagi, Jumaat lalu, saksi sedang tidur terdengar bunyi bising di luar rumah. Saksi bangun dan lihat sekumpulan lelaki tidak dikenali sedang memotong kabel.

“Saksi cuba mengekori suspek namun diberikan amaran. Suspek juga dikatakan berpatah semula dan cuba mengejar saksi sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Polis percaya kumpulan ini aktif dan mahir mencuri kabel bagi mendapatkan besi tembaga berdasarkan cara mereka melakukan kegiatan dengan mengorek lubang kabel dan menariknya keluar sebelum memotongnya di tempat yang sunyi.

"Individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Zamri Abdul Rahman di talian 0111-6652402 bagi membantu siasatan.

“Polis menggesa orang awam sekiranya menemui individu mencurigakan atau sebarang aktiviti mencuri kabel agar segera menghubungi talian kecemasan 999,” katanya.
 
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text
ArticlePublished 23 Feb 2026 5.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM