Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Cedera Dirempuh Lelaki Lari Sekatan Jalan

Published: 04 Dec 2023 3.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 4 Disember 2023 - Seorang anggota trafik cedera dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya ketika Op Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran Seksyen 14, di sini malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-cedera-dirempuh-lelaki-lari-sekatan-jalan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:22 MYT
Shah Alam, 4 Disember 2023 - Seorang anggota trafik cedera dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya ketika Op Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran Seksyen 14, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Koperal Ahmad Haizaki Salimon, 42, cedera pada muka dan badan, kini ditempatkan di zon merah Hospital Shah Alam bagi ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pada kepala.

Penunggang motosikal berusia 21 tahun yang merempuh anggota trafik itu turut cedera ringan dan dirawat di hospital sama.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Shah Alam, DSP SH Roslee SH Mohd Norrani berkata, penunggang motosikal itu tidak sepatutnya melarikan diri hanya kerana ketiadaan cermin pandang sisi dan ia bukan kesalahan berat.

“Melarikan diri ketika sekatan jalan raya hanya membahayakan diri sendiri, anggota polis bertugas serta pengguna lain,” katanya ketika ditemui, di sini sejurus selepas kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataannya berkata, kejadian berlaku apabila penunggang motosikal melihat sekatan jalan raya di hadapan laluannya berpatah balik dan melawan arus jalan untuk melarikan diri.

“Disebabkan panik, penunggang motosikal itu melanggar anggota polis berkenaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, selain Seksyen 186 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 2 people and text that says 'Polis cedera dirempuh lelaki lari sekatan jalan kelmarin. kejadiar 12.30 soperal Ahmad Penunggang lawan aru
ArticlePublished 04 Dec 2023 3.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM