Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Buru Pesalah Trafik Warga Asing Di Pintu Sempadan

Published: 02 Oct 2023 3.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 2 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan pegawai dan anggota di setiap pintu sempadan negara bagi memburu pesalah jalan raya melibatkan warga asing dan mengelakkan mereka meninggalkan negara ini tanpa menjelaskan saman yang dikenakan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-buru-pesalah-trafik-warga-asing-di-pintu-sempadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:24 MYT
Petaling Jaya, 2 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan pegawai dan anggota di setiap pintu sempadan negara bagi memburu pesalah jalan raya melibatkan warga asing dan mengelakkan mereka meninggalkan negara ini tanpa menjelaskan saman yang dikenakan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT), DCP Dato' Mohd Nasri Omar berkata, Operasi Saman Tertunggak Warga Asing menumpukan usaha di kawasan pintu sempadan.
Namun, katanya, usaha mengesan warga asing yang mempunyai tunggakan saman turut dilakukan JSPT melalui operasi sekatan jalan raya di seluruh negara.
“Daripada 23,247 saman yang dianggarkan bernilai RM6.97 juta bagi tahun 2022 hingga Ogos lalu, kira-kira 3,881 notis saman yang telah diselesaikan.
“Pelbagai usaha dilakukan antaranya menugaskan pegawai dan anggota trafik di pintu sempadan negara bagi membuat pemeriksaan terhadap pengguna jalan raya melibatkan warga asing.

“Sekiranya kita (JSPT) dapat mengesan, mereka (pesalah jalan raya) akan diberikan amaran bagi melangsaikan tunggakan saman,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 02 Oct 2023 3.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM