Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Bongkar Sindiket Bunuh Pencarum Insurans

Published: 01 Jul 2024 6.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu berkata, perkara itu terbongkar berikutan berlaku satu kejadian bunuh membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun di Jalan Senai-Seelong di sini, pada jam 4.40 pagi, 6 Mei lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-bongkar-sindiket-bunuh-pencarum-insurans
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:15 MYT
Johor Bahru, 25 Jun 2024 - Polis mengesan modus operandi sindiket yang mencarum insurans bagi pihak mangsa yang hidup sebatang kara tanpa pengetahuan dan kemudian merancang kematian mangsa untuk membuat tuntutan insurans nyawa.

Taktik berkenaan kali pertama ditemui polis di sini beberapa bulan lalu membabitkan tuntutan insurans nyawa sehingga RM500,000.

Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu berkata, perkara itu terbongkar berikutan berlaku satu kejadian bunuh membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun di Jalan Senai-Seelong di sini, pada jam 4.40 pagi, 6 Mei lalu.

Katanya, hasil siasatan terhadap laporan awal berhubung satu kemalangan maut yang berlaku di lokasi itu membongkar kegiatan sindiket berkenaan.

“Mangsa yang dilanggar sebuah lori pada hari kejadian sebenarnya terlebih dahulu dihimpit dan dilanggar oleh sekumpulan suspek menggunakan dua kereta dan sebuah motosikal sebelum dipukul kerana tidak meninggal dunia.

“Kemudian, dalam keadaan (mangsa) tidak bermaya, kebetulan lalu sebuah lori di lokasi kejadian terlanggar mangsa sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kita percaya, tindakan dilakukan suspek adalah untuk memastikan mangsa meninggal dunia bagi membolehkan tuntutan ke atas caruman diserahkan kepada ‘pewaris’ yang tidak dikenali mangsa,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

Mengulas lanjut, CP M. Kumar berkata, sindiket terbabit akan memalsukan tandatangan mangsa ketika urusan permohonan polisi insurans dan suspek akan menunggu sehingga polisi insurans diluluskan.

Katanya, bagi urusan caruman itu, sindiket akan melantik pewaris yang tiada kena mengena atau tidak dikenali mangsa.

“Selepas polisi insurans diluluskan, suspek mula merancang untuk membunuh mangsa dengan cara seolah-olah berlaku kemalangan maut,” jelasnya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

Keratan Akhbar Pilihan Polis Bongkar Sindiket Bunuh Pencarum Insurans
ArticlePublished 01 Jul 2024 6.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM