
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Bakal Guna Kamera Badan Dalam Tempoh Terdekat Pengarah Jlog
Petaling Jaya, 15 Februari 2022 - Anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) menjadi petugas barisan depan pertama yang a...
Petaling Jaya, 15 Februari 2022 - Anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) menjadi petugas barisan depan pertama yang akan menggunakan kamera badan dalam tempoh terdekat.
Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan berkata, permohonan untuk itu telah diluluskan oleh jawatankuasa teknikal untuk perolehan kamera badan.
Kata beliau, kuantiti kamera badan yang diperoleh bergantung kepada proses tender yang akan dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Pada peringkat awal, penggunaan kamera badan berkenaan akan digunakan oleh petugas barisan hadapan yang bertugas dengan orang awam seperti anggota dari URB dan MPV," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.