Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pm Jamin Nasib Anggota Polis Kdn Terjaga

Diterbitkan: 05 May 2024 3.21 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.16 PM
Ipoh, 5 Mei 2024 - Nasib penjawat awam termasuk anggota polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetap akan dijaga Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim biarpun kerajaan dan negara mewarisi hutang dan tanggungjawab besar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pm-jamin-nasib-anggota-polis-kdn-terjaga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:41 MYT
Ipoh, 5 Mei 2024 - Nasib penjawat awam termasuk anggota polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetap akan dijaga Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim biarpun kerajaan dan negara mewarisi hutang dan tanggungjawab besar.

Dato' Seri Anwar berkata, ia berikutan tugas digalas anggota Polis Diraja Malaysia dan KDN yang mempunyai tanggungjawab besar untuk menjamin keamanan serta keselamatan negara.

“Jadi, saya bagi pihak kerajaan tentunya meraikan saudara dan saudari kerana tugas yang besar untuk menjamin keselamatan negara ini.

Tentunya melibatkan bukan sahaja semangat, disiplin dan pengorbanan meninggalkan keluarga dan kadangkala risiko keselamatan diri, jadi saya sekali lagi menyatakan penghargaan," katanya selepas majlis hari raya bersama warga Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta pada Sabtu.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
 
ArtikelDiterbitkan 05 May 2024 3.21 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.16 PM