
Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Syabas Dan Tahniah Para Petugas Sjr Plaza Tol Duta
Kuala Lumpur, 16 Jun 2021 - Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Duta yang dikendalikan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dinobatkan SJR terbaik dalam kempen SJR Terbaik Op COVID-19 Kontinjen Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim berkata, SJR Jalan Cheras yang terletak di hadapan Cheras Eko Mall yang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pula dinobatkan sebagai naib johan.
Menurutnya, kempen yang dianjurkan berkenaan adalah bagi menilai keberkesanan pelaksanaan SJR ketika Op COVID-19 dilaksanakan.
"Kriteria yang dinilai dalam kempen ini ialah kesiapsiagaan dari aspek logistik dan petugas seperti kaedah mengendalikan SJR, pengetahuan petugas berkaitan SJR dan kebersihan serta kekemasan di SJR.
"Selain itu, kempen ini juga bertujuan memberikan suntikan semangat kepada petugas di lapangan supaya terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dalam mengharungi cabaran pandemik COVID-19," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN