Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pindaan Ruu Kanun Keseksaan Memperkasa Undang Undang Jenayah Komersial

Diterbitkan: 14 Jul 2024 2.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 14 Julai 2024 - Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan yang dibentangkan di Dewan Rakyat 9 Julai lalu adalah usaha memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan terhadap kes-kes penipuan khususnya penipuan dalam talian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pindaan-ruu-kanun-keseksaan-memperkasa-undang-undang-jenayah-komersial
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:35 MYT
Kuala Lumpur, 14 Julai 2024 - Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan yang dibentangkan di Dewan Rakyat 9 Julai lalu adalah usaha memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan terhadap kes-kes penipuan khususnya penipuan dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, melalui pindaan berkenaan, individu yang menjadi dalang dalam kes penipuan dalam talian termasuklah pemilik keldai akaun bakal berdepan hukuman yang lebih berat melalui tindakan di bawah peruntukan baharu.

“Perkembangan ini amat dialu-alukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandangkan buat masa ini tiada sebarang peruntukan khusus bagi menghukum pesalah membabitkan akaun keldai ini.

“PDRM yakin, pindaan ini kelak bakal memberikan landskap baharu dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah komersil,” katanya.

Beliau berkata, antara pindaan peruntukan yang dibentangkan ialah Seksyen 424A Kanun Keseksaan iaitu bertujuan mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti bagi pemilikan atau kawalan terhadap instrument pembayaran orang lain atau akaun bank orang lain.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 14 Jul 2024 2.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM