Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pihak Berkuasa Rampas 21 Murai Batu Tanpa Lesen

Published: 04 Mar 2026 8.12 AM Updated: 15 Aug 2026 6.34 PM
Tumpat, 4 Mac 2026 - Sebanyak 21 burung murai batu dirampas dari sebuah rumah di Kampung Pasir Pekan Tengah, Wakaf Bharu, di sini, selepas didapati berlaku kegiatan penjualan haiwan itu tanpa lesen.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pihak-berkuasa-rampas-21-murai-batu-tanpa-lesen
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:10 MYT
Tumpat, 4 Mac 2026 - Sebanyak 21 burung murai batu dirampas dari sebuah rumah di Kampung Pasir Pekan Tengah, Wakaf Bharu, di sini, selepas didapati berlaku kegiatan penjualan haiwan itu tanpa lesen.

Serbuan dibuat jam 11 pagi kelmarin oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri selepas menerima aduan.

Pemangku Komander PPM Wilayah Tiga, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, semua burung murai batu itu diperoleh dari pemburu haram dan dijual kepada pelanggan.
“Kami bersama pasukan dari PERHILITAN membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Pasir Pekan Tengah sempena Op Inter/Intra Agensi.

“Pemeriksaan menemui 21 burung murai batu yang disimpan dalam 21 sangkar.

“Suspek berusia 36 tahun yang mengaku sebagai pemilik kepada hidupan liar dilindungi itu ditahan apabila gagal mengemukakan lesen pemilikan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of one or more people and text


ArticlePublished 04 Mar 2026 8.12 AMUpdated 15 Aug 2026 6.34 PM