Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Tumpas Sindiket Penyeludupan Di Sabah Rampas Rm20 Juta Pelbagai Barangan

Diterbitkan: 29 Nov 2024 3.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-tumpas-sindiket-penyeludupan-di-sabah-rampas-rm20-juta-pelbagai-barangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:59 MYT
Kota Kinabalu, 29 November 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras, rokok dan makanan sejuk beku bernilai RM20 juta termasuk cukai dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini dan Penampang.

Serbuan menerusi Op Taring Ezzone, Op Kontraban, Op Bersepadu Khazanah pada 19 hingga 26 November lalu turut menahan 29 lelaki.

Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Abdul Rani Alias berkata, tiga serbuan dilaksanakan pegawai dan anggota dari PGA Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama Batalion 16 Kinarut, Batalion 21 Keningau, Batalion 14 Tawau dan Batalion 20 Beluran.
Katanya, serbuan pertama di sebuah stor di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, Sepanggar dan merampas 56,616 tin minuman keras pelbagai jenama, sebuah treler, lori dan van serta 11 telefon bimbit pelbagai jenama.

“Serbuan juga menahan tujuh warga tempatan dan lima warga Indonesia. Jumlah keseluruhan rampasan termasuk cukai dianggarkan RM2,056,732.81.

“Serbuan kedua dijalankan di sebuah rumah tanpa nombor di Jalan NC Mogunting, Penampang dan premis di Kampung Ganang, Kepayan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran

 
 
ArtikelDiterbitkan 29 Nov 2024 3.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM