Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Tumpas Penyeludupan Pati Guna Bas Persiaran

Published: 11 Feb 2022 2.57 AM Updated: 15 Aug 2026 6.36 PM
Rantau Panjang, 11 Februari 2022 - Taktik licik sindiket penyeludupan membawa 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menggunakan bas persiaran, gagal apabila dicekup pihak berkuasa tengah malam, Selasa lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-tumpas-penyeludupan-pati-guna-bas-persiaran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:37 MYT
Rantau Panjang, 11 Februari 2022 - Taktik licik sindiket penyeludupan membawa 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menggunakan bas persiaran, gagal apabila dicekup pihak berkuasa tengah malam, Selasa lalu.

Semua PATI berusia 15 hingga 30 tahun ditahan jam 12.30 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas mengejar bas terbabit sejauh 30 kilometer.

Turut ditahan dua individu warga tempatan berusia 30-an termasuk pemandu bas dipercayai tekong.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Mannadzar Nasib berkata, pihaknya mengesan sebuah bas persiaran dan kereta jenis BMW yang disyaki tonto di Pohon Tanjung, di sini.

"Kesemua PATI berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63, manakala tekong terbabit disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 6 people and text that says 'PGA tumpas penyeludupan PATI guna bas persiaran tahun ditahan malam 12.30 20 pendatang, dua warga tempatan
ArticlePublished 11 Feb 2022 2.57 AMUpdated 15 Aug 2026 6.36 PM