
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pga Tumpas Penyeludupan Pati Guna Bas Persiaran
Rantau Panjang, 11 Februari 2022 - Taktik licik sindiket penyeludupan membawa 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menggunakan bas persiaran, gag...
Rantau Panjang, 11 Februari 2022 - Taktik licik sindiket penyeludupan membawa 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menggunakan bas persiaran, gagal apabila dicekup pihak berkuasa tengah malam, Selasa lalu.
Semua PATI berusia 15 hingga 30 tahun ditahan jam 12.30 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas mengejar bas terbabit sejauh 30 kilometer.
Turut ditahan dua individu warga tempatan berusia 30-an termasuk pemandu bas dipercayai tekong.
Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Mannadzar Nasib berkata, pihaknya mengesan sebuah bas persiaran dan kereta jenis BMW yang disyaki tonto di Pohon Tanjung, di sini.
"Kesemua PATI berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63, manakala tekong terbabit disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.