Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Sabah Rampas Barang Seludup Rm22 3 Juta Tahun Lalu

Published: 05 Jan 2025 3.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 5 Januari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas barangan seludup bernilai RM22.3 juta sepanjang tempoh tahun lalu melalui 202 serbuan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-sabah-rampas-barang-seludup-rm22-3-juta-tahun-lalu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:50 MYT

Kota Kinabalu, 5 Januari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas barangan seludup bernilai RM22.3 juta sepanjang tempoh tahun lalu melalui 202 serbuan.

Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Abdul Rani Alias, berkata dalam tempoh sama, pihaknya juga berjaya menahan 413 individu iaitu 380 lelaki dan 33 wanita.

Beliau berkata, serbuan itu membabitkan pelbagai jenis aktiviti penyeludupan, termasuk minyak diesel, minyak sawit mentah (CPO) serta barangan seperti ayam dan daging sejuk beku tanpa sijil halal yang sah di sekitar kawasan pantai barat dan timur Sabah.

“Satu daripada kejayaan terbesar pada 4 Disember, iaitu Task Force Risik IP Briged Sabah PGA menjalankan serbuan di kawasan KKIP (Tanian Perindustrian Kota Kinabalu) Sepanggar dan menahan dua lelaki warga tempatan.

“Rampasan itu membabitkan 6,988 kotak ayam sejuk beku, 472 kotak sotong sejuk beku, 140 kotak ikan sejuk beku serta satu kontena sejuk beku dan sebuah van, dengan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM1.6 juta.

“Selain itu, pada 19 September, serbuan oleh Task Force Risik Batalion 14 PGA Tawau di Kampung Beruang Merotai-Tawau berjaya merampas 112,600 kilogram CPO bersama tiga lori tangki bernilai RM1.3 juta,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'PGA Sabah rampas barang seludup RM22.3j tahun lalu Kota Kinabalu: Pasukan Ge Sabah ludup bernilai RM22.3 te


ArticlePublished 05 Jan 2025 3.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM