Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih Rm200 000 Di Tumpat

Published: 22 Sep 2024 1.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-rokok-seludup-bernilai-lebih-rm200-000-di-tumpat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:19 MYT
 
Kota Bharu, 22 September 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, kelmarin.
Komander PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid dalam kenyataan, berkata rampasan dilakukan di Kampung Cherang Melintang dan Kampung Pak Keral, di sini.

Operasi dijalankan oleh sepasukan anggota Batalion 9 pada jam 12 tengah malam dan 1 pagi, dengan berjaya menahan sebuah kenderaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki dalam misi Op Taring Wawasan Kelantan.

“Suspek yang menyedari kehadiran polis melarikan diri, meninggalkan kenderaannya di tepi jalan. Pemeriksaan ke atas pacuan empat roda jenis Mitsubishi itu menemukan ratusan batang rokok putih tidak bercukai,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of text
ArticlePublished 22 Sep 2024 1.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM