
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih Rm200 000 Di Tumpat
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
Kota Bharu, 22 September 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, kelmarin.
Komander PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid dalam kenyataan, berkata rampasan dilakukan di Kampung Cherang Melintang dan Kampung Pak Keral, di sini.
“Suspek yang menyedari kehadiran polis melarikan diri, meninggalkan kenderaannya di tepi jalan. Pemeriksaan ke atas pacuan empat roda jenis Mitsubishi itu menemukan ratusan batang rokok putih tidak bercukai,” katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.