
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Dadah Rm9 56 Juta Dalam Tempoh 10 Bulan
Tumpat, 3 November 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM9.56 juta sejak Januari sehingga Oktober tahun ini.
Tumpat, 3 November 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM9.56 juta sejak Januari sehingga Oktober tahun ini.
Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, ACP Ijid Landu Binju, berkata jumlah rampasan berkenaan membabitkan 246 kes.
Daripada jumlah kes berkenaan, kita merampas 42 kenderaan pelbagai jenis bernilai RM979,000 serta rampasan dadah bernilai lebih RM8.5 juta.
“Rampasan terbaru dilakukan di Kampung Tok Pelanduk, Bukit Tungku Pasir Mas pada 23 Oktober lalu membabitkan Bunga Ganja seberat 7.05 kilogram,” katanya pada sidang media di Markas Taktikal Op Taring Wawasan, di sini, semalam.
Pada masa sama, katanya, 203 pendatang asing tanpa izin (PATI) meliputi 156 lelaki dan 47 wanita ditahan sejak Januari hingga bulan lalu.
Katanya, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 26(j) Akta Atipsom 2007 dengan kebanyakan PATI yang ditahan adalah warga Myanmar.
“Selain itu, seramai 33 tekong lelaki ditahan termasuk penduduk tempatan dan warga asing,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.